Sunday, July 3, 2011

Pelaksanaan 5S di BPSM

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) adalah bahagian yang pertama melaksanakan Amalan 5S di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ini. Pelaksanaan ini yang telah dimulakan pada tahun 2007 akhirnya berjaya memperolehi persijilan daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 4 Jun 2009.



TAHNIAH KEPADA BPSM!!!


J/k Penyelaras 5S BPSM

Moto & Logo 5S

MOTO
"KONDUSIF, INOVATIF, CERIA"



LOGO 5S PEJABAT SUK PAHANG
 MAKNA LOGO

~Bunga Raya menggambarkan bunga kebangsaan lambang kekuatan budaya 5S di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang


~Lima kelopak Bunga Raya mewakili 5 prinsip kerja 5S iaitu seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke

~Latar-belakang dengan petak hitam dan putih adalah simbolik bendera Negeri Pahang

~Bulatan besar bermaksud kesatuan dan semangat kerjasama warga kerja dalam menjayakan budaya 5S ini

~Perkataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dalam bulatan besar menggambarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang sebagai organisasi yang mempraktikkan 5S ini
~Keseluruhan warna putih melambangkan aspek kebersihan yang menjadi budaya yang perlu dipraktikkan oleh warga kerja


J/k Penyelaras 5S BPSM

Polisi, Objektif dan Matlamat 5S

POLISI

"POLISI 5S PEJABAT SUK PAHANG ADALAH MEMASTIKAN


BUDAYA KERJA KE ARAH PERSEKITARAN BERKUALITI


MENJADI PRINSIP UTAMA SERTA AMALAN BERTERUSAN


DI DALAM MENJALANKAN PERKHIDMATAN DEMI


MENINGKATKAN DAYA SAING ORGANISASI"


OBJEKTIF

"MEWUJUDKAN SUASANA KERJA YANG KONDUSIF


UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI KERJA DAN


DISIPLIN YANG TINGGI DI KALANGAN


ANGGOTANYA"


MATLAMAT

"MENJADI ORGANISASI YANG MEMPUNYAI




PERSEKITARAN KERJA YANG TERBAIK DAN




PALING KONDUSIF DI MALAYSIA"

Apa Itu 5S?

5S ialah satu aktiviti dalam meningkatkan persekitaran pejabat. Amalan ini dijadikan sebagai budaya kerja dalam membentuk disiplin warga kerja bagi memastikan tempat kerja bersih, teratur, sempurna, selamat dan mudah diawasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja, proses, peralatan, keselamatan dan perkhidmatan.



J/k Penyelaras 5S BPSM