Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk Amalan 5S Pejabat SUK Pahang telah bersetuju untuk menetapkan pada setiap hari Jumaat adalah Hari 5S Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Pada hari tersebut segala aktiviti 5S boleh dilaksanakan seperti aktiviti penyisihan dokumen-dokumen dan barang-barang lama, pengemaskinian sudut atau panduan visual 5S, pelaksanaan projek-projek inovasi 5S dan sebagainya.
Diharap dengan penetapan ini dapat memastikan amalan 5S yang berterusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.